GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
27 followers
15 following
2.8K posts
GerbangPost ialah sebuah portal digital di bawah pengurusan Asia News Today. Portal ini mula operasi pada tahun 2012.
Fokus utama berita Gerbang Post ialah Berita Nasional, Politik, Ekonomi, Sukan, Teknologi, Pelancungan, Jenayah dan Artikel pilihan.
Posts
Media
Videos
Starter Packs
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan bebas tuduhan pengabaian, Ismanira diperintah bela diri
PETALING JAYA,. Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Zaim Ikhwan Zahari daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lepas. Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
Penjawat awam perlu kekal berkecuali, tidak sertai perhimpunan – CUEPACS
KUALA LUMPUR,. Penjawat awam perlu kekal berkecuali dan tidak terlibat dalam sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej serta kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam, demikian menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat berkata penjawat awam perlu kekal fokus terhadap tanggungjawab utama mereka iaitu menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
KPDN disyor tambah baik SOP minyak masak subsidi, semak peraturan – LKAN
KUALA LUMPUR,. Terdapat kelemahan dalam pelaksanaan, pemantauan serta tindakan penguatkuasaan program minyak masak bersubsidi berdasarkan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, kelemahan yang dikenal pasti itu termasuk isu penjualan minyak masak subsidi […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
Pasaran tunggu pengumuman langkah fiskal bagi ringankan kos sara hidup – CIMB Investment
KUALA LUMPUR,. Pasaran sedang menunggu pengumuman kerajaan mengenai langkah fiskal pada minggu ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan inisiatif yang bakal diumumkan sebagai “penghargaan luar biasa” bagi meringankan tekanan kos sara hidup, kata CIMB Investment Bank Bhd. Menurut bank pelaburan itu, kenaikan gaji penjawat awam yang telah diumumkan lebih awal […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
PM mahu setiap dasar dilaksanakan beri manfaat, tidak bebankan majoriti rakyat – Fahmi
KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan perlu memberikan manfaat kepada rakyat dan tidak membebankan golongan majoriti, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata perkara ini termasuk pelaksanaan dasar berkaitan penyasaran subsidi bahan api RON95, yang sebelum ini dibayangkan akan dilaksanakan pada […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
Bursa dibuka rendah pada awal dagangan
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka mendatar dan kemudiannya menyusut hari ini, mencerminkan kekurangan pemangkin dalam pasaran selepas prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lalu. Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.22 mata kepada 1,522.64 daripada 1,525.86 pada Jumaat lalu. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.60 mata kepada 1,526.46. Jumlah […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
Ketua UNRWA: Kegagalan desak Israel benarkan bantuan ke Gaza dianggap ‘subahat’
NEW YORK,. Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini pada Ahad menegaskan bahawa kegagalan mendesak Israel supaya membenarkan bantuan memasuki Semenanjung Gaza merupakan satu bentuk “subahat” dalam usaha menyekat makanan kepada rakyat Palestin. Beliau menyatakan bahawa “kegagalan untuk bertindak dianggap bersubahat dan menyebabkan kita hilang […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
Kapal penumpang terbakar di Indonesia 3maut, 150 diselamatkan selepas
JAKARTA,. Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan kira-kira 150 yang lain berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal penumpang terbakar di perairan Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia pada Ahad, menurut Veri Ariyanto, pegawai kanan di Pejabat Mencari dan Menyelamat wilayah itu. “Tiga orang maut dan hampir 150 diselamatkan. Mereka diselamatkan oleh gabungan pasukan penyelamat serta bot nelayan tempatan,” katanya […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 21
Ringgit diniakan lebih tinggi berbanding Dolar AS
KUALA LUMPUR,. Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan ekonomi Malaysia yang diunjurkan berkembang lebih tinggi daripada jangkaan kepada 4.5 peratus pada suku kedua, menunjukkan ekonomi negara kekal berdaya tahan. Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua berdasarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Jumaat […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Penjawat awam diingatkan tidak sertai himpunan di ibu negara – KSN
PUTRAJAYA,. Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini. Beliau berkata tidak sewajarnya penjawat awam menyertai perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara. “Mereka […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Gangguan sistem ‘autogate’ KLIA: Tiada unsur sabotaj, serangan siber dikesan – KP AKPS
SEPANG,. Tiada unsur sabotaj atau serangan siber dikesan setakat ini sebagai punca gangguan sistem pagar automatik (autogate) untuk pelawat asing, kata Ketua Pengarah (KP) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. Beliau berkata isu itu disyaki berpunca daripada gangguan integrasi data antara Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dan pangkalan data […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Hentikan ‘politik sate’ jika mahu UMNO kembali kuat, menang PRU16 – Asyraf Wajdi
BUKIT GANTANG,. Ahli-ahli UMNO di semua peringkat perlu segera menghentikan budaya ‘politik sate’ jika mahu parti itu kembali kuat dan memenangi undi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Mengambil analogi ‘politik sate’ bagi menggambarkan situasi perpecahan dalam UMNO selama ini, beliau menegaskan budaya itu […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Benkel Antarabangsa Mengenai Pengisytiharan Melaka Pada Penciptaan Nilai Warisan Budaya
MELAKA,. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), dalam peranan kepimpinannya dalam Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC), akan menganjurkan Bengkel Antarabangsa mengenai Deklarasi Melaka mengenai Penciptaan Nilai Warisan Budaya dari 23 hingga 24 Julai 2025 di UNESCO Kota Warisan Dunia Melaka. Dianjurkan bersama dengan Sekretariat ASEAN dan rakan strategik, Think City dan Telekom Malaysia Berhad, bengkel […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Polis siasat ‘doktor’ perdaya remaja serah gambar bogel
IPOH,. Polis menyiasat dua laporan melibatkan kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang diperdaya menyerahkan gambar bogel kepada individu yang kononnya “doktor” melalui aplikasi Telegram. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati mangsa menyerahkan beberapa keping gambar bogel selepas diperdaya oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai perubatan. Beliau berkata […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Keputusan kes pengabaian Zayn Rayyan diketahui esok
KUALA LUMPUR,. Keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dipanggil membela diri atau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal akan diketahui esok. Hakim Dr Syahliza Warnoh dijadual memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Pelonggaran peraturan pemilikan bank mungkin tarik minat pelabur China, Singapura ke Malaysia – MBSB Research
KUALA LUMPUR,. Pelonggaran peraturan pemilikan asing berkemungkinan besar menarik pelabur dari China dan Singapura ke bank-bank Malaysia yang lebih kecil, kata MBSB Research. Katanya, usaha itu bagaimanapun tidak mungkin menarik minat pelabur Amerika Syarikat (AS) walaupun mereka mendesak kepada perubahan tersebut. Firma penyelidikan itu berkata, AS meminta Malaysia untuk menarik balik sekatan ekuiti asing dalam […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Penurunan OPR rangsang permintaan sederhana dalam sektor hartanah
KUALA LUMPUR,. Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis. Mereka berpendapat, kadar penanda aras pinjaman yang lebih rendah, serta pertumbuhan infrastruktur dan insentif kepada pemaju, akan mengekalkan daya tahan pasaran […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Gelombang haba melampau semakin ancam kesihatan – Pakar
KUALA LUMPUR,. Perubahan iklim mendorong kejadian gelombang haba yang semakin kerap dan melampau, sekali gus menimbulkan cabaran yang semakin besar terhadap kesihatan manusia, menurut seorang pakar perubatan yang menggesa agar metrik dan kriteria penilaian dikemas kini, lapor Xinhua. Apabila gelombang haba melanda, adalah penting untuk tidak hanya bergantung kepada suhu yang tertera pada termometer biasa, […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 20
Empat kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
KUALA LUMPUR,. Empat kawasan dengan masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Selangor, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini. Berdasarkan maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan IPU 156 dan 153. Dua kawasan di Selangor iaitu […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 19
Kebakaran hutan musnahkan 46 hektar di Sumatera Utara, Sumatera Barat
JAKARTA,. Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan dua insidenkebakaran hutan dan tanah berasingan di Sumatera Utara dan Sumatera Barat yang memusnahkan kawasan seluas 46 hektar secara keseluruhan. Di Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara, beberapa titik panas dikesan pada pagi Khamis di daerah Girsang Sipangan Bolon dan Pematang Sidamanik, menurut jurucakap BNPB, Abdul Muhari. “Badan Pengurusan Bencana […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 19
Mangsa nahas helikopter konstabel Devendran kini dirawat di wad biasa
JOHOR BAHRU,. Mangsa nahas helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) Konstabel R G Devendran yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) telah pun dipindahkan ke wad biasa hari ini. Devendran, 39, yang juga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri sebelum ini ditidurkan untuk mengurangkan pergerakan serta membantu mempercepat proses […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 19
MOM tubuh Dana Amanah Sukan Negara
KUALA LUMPUR,. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menubuhkan Dana Amanah Sukan Negara sebagai satu mekanisme kewangan mampan bagi menyokong pembangunan sukan tanah air, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan. Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata cadangan penubuhan dana berkenaan mendapat persetujuan sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-213 hari ini. Beliau […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 19
68 stesen catat bacaan IPU sederhana 11 pagi ini
KUALA LUMPUR,. Sebanyak 60 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sederhana setakat 11 pagi ini. Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar, selain lain lapan kawasan merekodkan bacaan IPU baik melibatkan Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah; ILP Miri, Sri […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 19
Kerajaan luluskan 48 projek tenaga boleh baharu, jana nilai pelaburan RM1.87 bilion – PETRA
PUTRAJAYA,. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah meluluskan pembangunan bagi pelaksanaan 48 projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada sumber biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil dengan kapasiti sebanyak 181.25 megawatt (MW), di bawah mekanisme Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT). PETRA dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan […]
dlvr.it
GerbangPost
@gerbangpost.bsky.social
· Jul 19
Fatwa dikeluarkan Selangor lalui proses teratur, teliti – Sultan Sharafuddin
SHAH ALAM,. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, setiap fatwa yang dikeluarkan di negeri ini melalui proses yang teratur dan teliti. Selangor Royal Office dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin juga bertitah ketelitian itu dilakukan dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak terutamanya dari Jawatankuasa Fatwa negeri dan pakar hukum syarak. Hantaran […]
dlvr.it